Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 MEI, hari guru.
wah gembira saya bila ramai kawan-kawan call, sms, ucapkan selamat hari guru untuk saya.
walaupun masih bergelar pelatih.
nampaknya aura yang disebut-sebut untuk bergelar seorang pendidik semakin dekat.
masa yang berlalu terus mengajar serta membentuk kematangan kendiri saya.
mudah-mudahan, dengan doa restu keluarga khususnya ibu bapa, saya berjaya menggapai impian untuk menjadi seorang pendidik.
Biarlah tahun ini, saya jadikan sebagai tahun mengenali diri sendiri, membentuk kematangan dalam tingkah laku, perbualan, dan keperibadian sebenar saya.
di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari guru buat semua guru, khususnya kepada pensyarah saya EN MOHD FIRDAUS ABD SALAM, EN DATU MASRIN&ISTERI, EN AGUS, EN MAZLAN NGAH, pensyarah Politeknik kk EN HAZIZUL MOHAMED (abg saya),cikgu JERRY ZELLIOUS(kawan), cikgu ABIAH LOMBOU (guru bm smsfx), cikgu ANNA NAIM (kakak), cikgu LYDIA NAIN(kakak), DAN SEMUA GURU yang mengenali diri ini.
owh ya, buat kawan-kawan saya di IPGM KAMPUS KENINGAU, peperiksaan dah nak bermula minggu depan, jadi buatlah persiapan yang sebaik-sebaiknya ok.
Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan fokus terhadap impian yang inging dicapai.
selamat berjaya dan selamat maju jaya.
yang ikhlas:
SEVERINUS ALEXIUS NAIN

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Di kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan selamat hari Ibu, (HAPPY MOTHERS DAY),
untuk semua mama-mama, terutamanya sekali untuk Bonda saya,
PUAN JULITAH BINTI SUNGAT, 65 tahun.Semoga diberkati selalu, dipanjangkan umur, dan diberikan kesihatan yang baik.
Sebagai seorang anak, saya memohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap.
Sesungguhnya ketabahan dan kesabaran Bonda melayan karenah anak-anaknya menjadi suatu pembimbing sehingga anak-anaknya berjaya.
Bonda, Selamat hari ibu, Happy mOther's Day.








(p/s: walaupun BoNDA saya x reti melayari Internet, tetapi sekurang-kurangkan ini adalah ucapan penghargaan untuknye.)

Monday, May 4, 2009

tAHniah Tomok OIAM 3


akhirnya keputusan OIAM jumaat lepas dah diketahui.
TOMOK ADALAH PEMENANGNYA...
gembira dengan kemenangan dia, dah memang layak menang pun.
tak sia-sia sokong dari awal kemasukan dia.
tahniah seklai lagi. harap dia berjaya dalam percubaan kedua di dunia industri muzik negara.