Sunday, August 29, 2010

Dia mengajarku erti sebuah perhubungan!


Ya benar, dia mengajar haku erti kehidupan dalam perhubungan. Banyak sebenarnya yang telah dia ajar haku samada secara sedar ataupun lelap. Tapi, walaupun perkenalkan ini masih awal, tapi kejujuran dan sifat berterus terang menjadikan perhubungan ini terasa sudah lama dan akrab.
Sebagai perkongsian, dalam hidup ini kita kenalah jujur. Disaat jujur itu ada, dimasa itulah wujud sebuah kemesraan. menghargai atas apa yang orang lain lakukan untuk kita akan menjadikan hidup ini terasa ada nilainya.
Tapi, dengan sifat berterus terang dan kematangan individu itu menguatkan lagi pertalian sesuatu hubungan itu. Betul, percaya atau tidak, kamu akan rasakan sendiri.
Adakalanya sifat keperibadian kita ini akan menjadi penentu kepada hala tuju perhubungan itu. Walaupun kedua-dua insan ada sifat ego dan panas baran, tapi bila sudah berdepan dengan situasi ini, salah seorang harus membuang sifat itu agar ketegangan mampu diatasi.
emmph.. aduh banyak yang telah haku pelajari. Aku berharap dan doakan ia akan berkekalan baik....
p/s: Minta maaf dengan sifat aku yang kuat memberontak!!

Salam Ramadhan dan Salam Merdeka!

1 tanggungjawab besar bergelar Yang Dipertua Pelajar



25 Ogos 2010, secara rasminya aku dilantik menjadi Yang Dipertua Pelajar IPG kampus Keningau sesi 2010/2011. Satu permulaan kepada tanggungjawab yang harus ku laksanakan dengan sebaik-baiknya. Denganmatlamat, mengutamakan kebajikan guru pelatih IPG kampus Keningau, aku berazam, untuk menjadi seorang YDP yang diingati oleh seluruh warga IPG Kampus Keningau.


'YDP' bukan sekadar gelaran untuk meraih populariti. Namun apa yang pasti, ia adalah satu anugerah Tuhan kepada aku, kerana aku dipercayai mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Namun, sebagai manusia biasa, aku ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Tapi tanpa sokongan dan kerjasama semua warga IPG kampus Keningau, siapalah aku insan yang bernama YDP.

Akhir kata, semoga dengan tanggungjawab yang baharu ini, aku mampu untuk terus berdiri kuat sebagai seorang guru pelatih. Dan aku percaya, saat ini jugalah ramai mata akan memerhatikan tingkah laku ku dari A sampai Z. dan yang pasti, aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang tetapi Tuhan maha mengetahui niat hatiku....