Tuesday, September 21, 2010

What Happen?

oH No, Apa yang aku rasakan skg nie erk. Lain semacam jak. Wei kAlau Aku ada Apa-apa salah, im sorry Lah. Aku pun BUkan apa, mungkin Aku still Masih terkejut deNgan semua Yang ada. aKu try untuk Menjadi seoraNg yang Sebati dengan caramu Dan LangkaHmu. Tapi Aku akui Aku ni insan yang penuh Dengan Kekurangan. Aku dah cUba tapi ada Halangan DAn cabaran Yang Buat aku LeMAH.

Aku bukan ada apa-apa yang bisa Merubah semua ini. Tapi harapanku janGan pernah Kau BerUBah.Aku lemah dan aku terasa JatuH. eGo ku buang untuk SemUa ini demi Untuk perhuBuNGan yanG terjaliN. Apa Yang harus ku lakukan, cuba terangkan...JanGanlah buat diri ku terasa dilambUng OmbaK bAGai diLautan Berduri......

Apa-apa hal boleh dibawa BerbiNcangkAn..dan Perbincangan itu untuk Sebuah Resolusi dan bukanNya untuk meNAmbah SebUaH MaSALAh. aKU akui aku salah.......arghhh Bingung aku sekarang, sedih pun ada, sunyi PuN AdA..hAnya RUangan ini sahaja yang boleh meNEmani aku untuk MelUAHKan apa yang Harus ku nyatakAn..DenGAN serendah hati, aku meminta maaf...........

Thursday, September 2, 2010

Pengalam di Sekolah Sk.Tuarid Taud


2 September 2010, hari khamis.sudah masuk hari keempat saya menjalani kursus Program Berasaskan Sekolah (School Based Experience) di Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Keningau. Tugasan kali ini agak mudah, mengenai rakaman video pengajaran Pendidikan Seni Visual. Malangnya, guru-guru Psv memaklumkan bahawa kekangan masa menyebabkan mereka sukar untuk menyediakan bahan. Nah, ini secara terus menjadikan tugasan saya kali ini sukar. Terlintas fikiran sayan, apa yang perlu saya buat seterusnya? Arghhh..terpaksa aku menghubungi pensyarah pembimbing lepas ini untuk berkolaborasi. Adui esok hari terakhir, tidak sabar saya nak bercuti ini. Banyak sangat yang perlu dibuat tetapi tidak tahu apa yang mahu rancang. Sedih saya ni masih terkial-kial untuk merancang percutiaan ni. Kan best kalau saya dapat beraya dan bercuti di Sandakan. Ada juga someone ku..heheheh humm apa-apa hal pun, buat kawan-kawan ku, selamat menjalani bulan puasa buat semua kawan2 muslim ku.

Sunday, August 29, 2010

Dia mengajarku erti sebuah perhubungan!


Ya benar, dia mengajar haku erti kehidupan dalam perhubungan. Banyak sebenarnya yang telah dia ajar haku samada secara sedar ataupun lelap. Tapi, walaupun perkenalkan ini masih awal, tapi kejujuran dan sifat berterus terang menjadikan perhubungan ini terasa sudah lama dan akrab.
Sebagai perkongsian, dalam hidup ini kita kenalah jujur. Disaat jujur itu ada, dimasa itulah wujud sebuah kemesraan. menghargai atas apa yang orang lain lakukan untuk kita akan menjadikan hidup ini terasa ada nilainya.
Tapi, dengan sifat berterus terang dan kematangan individu itu menguatkan lagi pertalian sesuatu hubungan itu. Betul, percaya atau tidak, kamu akan rasakan sendiri.
Adakalanya sifat keperibadian kita ini akan menjadi penentu kepada hala tuju perhubungan itu. Walaupun kedua-dua insan ada sifat ego dan panas baran, tapi bila sudah berdepan dengan situasi ini, salah seorang harus membuang sifat itu agar ketegangan mampu diatasi.
emmph.. aduh banyak yang telah haku pelajari. Aku berharap dan doakan ia akan berkekalan baik....
p/s: Minta maaf dengan sifat aku yang kuat memberontak!!

Salam Ramadhan dan Salam Merdeka!

1 tanggungjawab besar bergelar Yang Dipertua Pelajar



25 Ogos 2010, secara rasminya aku dilantik menjadi Yang Dipertua Pelajar IPG kampus Keningau sesi 2010/2011. Satu permulaan kepada tanggungjawab yang harus ku laksanakan dengan sebaik-baiknya. Denganmatlamat, mengutamakan kebajikan guru pelatih IPG kampus Keningau, aku berazam, untuk menjadi seorang YDP yang diingati oleh seluruh warga IPG Kampus Keningau.


'YDP' bukan sekadar gelaran untuk meraih populariti. Namun apa yang pasti, ia adalah satu anugerah Tuhan kepada aku, kerana aku dipercayai mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Namun, sebagai manusia biasa, aku ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Tapi tanpa sokongan dan kerjasama semua warga IPG kampus Keningau, siapalah aku insan yang bernama YDP.

Akhir kata, semoga dengan tanggungjawab yang baharu ini, aku mampu untuk terus berdiri kuat sebagai seorang guru pelatih. Dan aku percaya, saat ini jugalah ramai mata akan memerhatikan tingkah laku ku dari A sampai Z. dan yang pasti, aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang tetapi Tuhan maha mengetahui niat hatiku....

Wednesday, February 24, 2010

JUBLI EMAS 50TAHUN PERKAHWINAN IBUBAPA KU...


Hello semua..sekadar perkongsian aku bersama pembaca.
Perasaan terharu dan gembira melihat riak wajah gembira kedua orang tuaku apabila menyambut sambutan ulang tahun perkahwinan ke 50tahun pada 15 Febuari 2010. Sepatutnya majlis ini dibuat pada bulan 12 tahun lepas tapi tak jadi. Tidak mengapa, apa yang pasti majlis tetap dijalankan dengan besar-besaran.
Bilangan tetamu yang hadir dianggarkan sekitar 800 orang ketika itu.Syukur kepada Tuhan, kerana ramai tetamu yang hadir, sehinggakan lauk kami dimasak 2 kali.
Apa yang pasti, harapan aku sebagai seorang anak bongsu, semoga Ibu bapa ku terus sihat dan bahagia. Amin!