Wednesday, February 24, 2010

JUBLI EMAS 50TAHUN PERKAHWINAN IBUBAPA KU...


Hello semua..sekadar perkongsian aku bersama pembaca.
Perasaan terharu dan gembira melihat riak wajah gembira kedua orang tuaku apabila menyambut sambutan ulang tahun perkahwinan ke 50tahun pada 15 Febuari 2010. Sepatutnya majlis ini dibuat pada bulan 12 tahun lepas tapi tak jadi. Tidak mengapa, apa yang pasti majlis tetap dijalankan dengan besar-besaran.
Bilangan tetamu yang hadir dianggarkan sekitar 800 orang ketika itu.Syukur kepada Tuhan, kerana ramai tetamu yang hadir, sehinggakan lauk kami dimasak 2 kali.
Apa yang pasti, harapan aku sebagai seorang anak bongsu, semoga Ibu bapa ku terus sihat dan bahagia. Amin!