Thursday, July 30, 2009

Pesta Pantun IPGM peringkat KEBANGSAAN 2009


Pertandingan Pesta Pantun Kebangsaan IPGM telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20-23 Julai 2009. IPGM kampus Keningau telah menghantar pasukan pantun yang dianggotai oleh Severinus bin Nain, Meris Anak Serang, Syed Muhd. Zahinyr bin Syed Abdul Rahim bersama dengan pensyarah pengiring Encik Agus Yanul. Sepanjang pertandingan tersebut, pasukan IPGM kampus Keningau telah bersaing dalam kumpulan E bersama-sama dengan IPGM Temenggung Ibrahim (Juara tahun lalu) dan IPGM kampus Tun Hussien Onn. Pasukan pantun kampus Keningau telah menjuarai persaingan dalam liga kumpulan, dan saudara Severinus Nain adalah antara pemantun yang berjaya merangkul gelaran pemantun terbaik sepanjang persaingan liga tersebut.

Pada hari berikutnya (22 Julai), pasukan pantun kampus Keningau meneruskan persaingan dalam pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati. Nasib tidak menyebelahi pasukan pemantun kampus Keningau apabila tewas IPGM kampus Islam . Melalui komen dan teguran yang diberikan oleh ketua juri kepada pasukan pemantun kampus Keningau, kelemahan yang ketara dalam pasukan ini adalah kombinasi persembahan pemantun. Walaubagaimanapun,dari segi isi jual beli pantun, dan semangat dalam kumpulan telah diberikan pujian oleh ketua juri.

Selain itu juga, 4 kumpulan yang berjaya meneruskan persaingan peringkat separuh akhir dan akhir ialah IPGM kampus Darul Aman, kampus Bahasa Melayu, kampus Tengku Ampuan Afzan, dan kampus Sultan Abdul Halim. Pertandingan ini akan diadakan pada bulan Ogos nanti. Akhir sekali, pencapaian pertandingan pasukan pantun tahun ini adalah lebih baik berbanding pada tahun lepas. Semoga di masa akan datang pasukan pemantun kampus Keningau akan dapat meneruskan persaingan ke peringkat yang lebih baik berbanding tahun ini.