Thursday, November 26, 2009

Ingatan percutian Kuala Lumpur(edisi pertama)

CUTI sekolah dan cuti Semester baru sahaja bermula minggu ni.macam biasalah, masing-masing ada perancangan yang tersendiri. Untuk mengurangkan tekanan, untuk melegakan hati, dan untuk mengubati kekusutan tanggungjawab, aktiviti percutian merupakan salah satu cara untuk mengatasinya. Pilihan percutian kali ini berbeza dengan tahun lepas. kalau tahun lepas kat Bandung-Jakarta Indonesia, kali ini bertempat di Kuala Lumpur. Dalam Malaysia sahaja, tapi tak menyesal juga, sekurang-kurangnya CUTI-CUTI MALAYSIA. banyak gelagat dan ragam manusia yang boleh diperhatikan disini. Disinilah kononnya yang dikatakan Kota Metropolitan. Impian sepanjang percutian kali ini ialah mengelilingi seluruh kawan pusat Bandaraya Kuala Lumpur, ringkas tetapi bermakna...
Ambil gambar sementara memerhati persekitaran KL Central.Sesak orang nak balik kampung masa ini, biasalah nak menyambut hari Raya Haji kat kampung masing-masing kan..majalah Maskulin tetap menjadi pilihan...
Yang ni antara kawan aku yang terbaik.Macg@Loq. Dia yang ambil aku kat LCCT kul 12 tengah malam. Kalau tiada dia, entahlah macam mana. Tidur 1 malam kat rumah dia time baru sampai di KL. Memang bertuah dapat berkawan dengan dia ni. Macg, terima kasih daun keladi ar..
Gambar ni aku ambil semasa perjalanan ke tempat yang ditujui. Ambil gambar dalam kereta, tak sangka pula, nampak cantik gambar yang aku ambil nie.agaknya bangunan apa lah ni argh...
Wah..permandangan jauh bandaraya Kuala Lumpur. Kalau malam, lagi cantik. Sinaran lampu-lampu yang berkelipan. Permandangan ini aku ambil dari tempat tinggal aku di Sri Ayu Apartment, Setiawangsa.Kalau malam, rasa tenang tengok permandangan ni.
Yang ini? Apa kes? hahaha..gambar ini sebelum naik kapal g KL.. satu flight dgn Amri Ashraf, Aizam, Hafiz..Ketiga-tiga adalah my super junior...gembira jak berjalan dengan budak-budak nie..