Thursday, September 29, 2011

Jalan-jalan Bangkok Raya

Coretan Perjalanan ke Bangkok bertembung dengan masa Raya Aidilfitri kat Malaysia.. Takder feel rasa langsung kat Bangkok.huhu.. terasa sebijik di perantauan..huhuuh





Tuesday, September 27, 2011

Aku Suka Melancong (JAKARTA, BANDUNG, MANILA, BANGKOK)

Aku suka Melancong. tapi tu lah pasl, memandangkan aku ni masi student, next year baru graduate degree, so agak terbatas aktiviti melancong ku ni. Anyway, aku suka imbas kembali tempat percutian aku kat luar negara, dan akan datang dengan member-member blogger semua.

Tempat yang first aku pergi melancong kat luar negara = JAKARTA dan BANDUNG, INDONESIA. wowo, first time melancong kat luar negara ni. Tambahan lagi dengan family especially my parents. sekitar tahun 2007 kali tu aku g INDONESIA. Best memang best! Ada Tangkuban perahu, Kawah putih, Heritage, gudang-gudang jeans levis, dan banyak lagi lah. Kenangan yang sukar juga ku lupakan.hiihih

Second place aku pergi, kat Manila Philipnes, Naik Airasia g Clark, then naik bas g Manila. Best sangat! yang ni dalam tahun ini juga 2011 Mac. aku pergi dengan my bestfriend juga Kip Apeng. Kat manila ni, best juga tempat dia. Bangunan dia fulawehhh, smart. orang kat sana peramah. barang pun agak murah. puas hati..

Third place aku pegi, kat Bangkok Thailand, naik fligt MAS.29 Ogos-1Sept 2011. dari KOTA KINABALU-KL-BANGKOK. Kat bangkok Thailand tu, sangat syok. coz banyak tempat pelancongan yang perlu di pergi, Tak puas rasanya. Rasanya kalau ada peluang kedua,aku nak pergi tempat ni juga. Temple kat sana penuh dengan emas. hhiih.. but, untuk yang masih belum mengenal Sosial ADVANCE, better ready2 lah dulu k. Takut pulak kejutan budaya terus Tooookkk... ihhiih

Gambar di bawah, adalah 0.01% gambar sewaktu d Indonesia, Philipines, dan Thailand


Gambar 1: Yang ni aku tunggang Kuda kat Taman Strawberry di Bandung. First time, dan sampai sekarang tak perng tunggang kuda lagi. Kalau ada peluang nak juga try lagi. best!!
Gambar 2: still di Taman Strawberry, petik buah strawberry sendiri. memang best. sengaja tak uplod gambar kat kawah putih dan Tangkuban perahu, coz dah banyak orang tahu tempat tu dan banyak yang dah upload kan... hii

Gambar 3: Baiklah, yang ini gambar sewaktu aku kat Manila Philipines. Mall OF ASIA.. siapa tahu?? hihiih.. jom masuk kita p SHopping!



Gambar 4 & 5: sewaktu kAT Bangkok Thailand. yang gambar keempat tu sewaktu kat MADAME TuSSAUDS. kornag perlu tahu, kat Asia Tenggara ini, hanya di Bangkok ada Madame Tussauds. Hehehe. Then gambar 5 tu, sewktu aku jalan2 kat bangkok.. banyak tempat belum puas diterokai.. ihhii

SO, di mana destinasi seterusnya... Emmph.. My befday bulan Oktober ini, plan nak pergi Jakarta sekali lagi. so siapa nak pesan apa2 bgtau lah k. cuma bank in lah duit sedia2 tu.ihih no money no talk.. wakikik.. then next year plan nak pergi Vietnam lagi.. hihihih..

Macam banyak jer duit? actually takder duit... sekar korek bawah tanah dan sorok dalam beg besar , cukup untuk sampai ke destinasi yang nak ditujui..


Saturday, September 10, 2011

Manila Philippines


-Teringat percutian kat MaNila Philipines....~~

Friday, September 9, 2011

Mungkin luahan akhir....

entahlah, lancar plak tangan ini mau menaip coretan blog ni sedangkan asgment aku bertimbum lagi blum siap. anduu bah.. ndak pa yg penting aku puas.

Entahlah sejak kebelakngn ni aku selalu terguris. What de hell, lelaki pun terguris!!! well walau aku lelaki pun, aku tetap manusia yg ada hati dan perasaan. Ahahkk. berat hati bila fikir, "KENAPA AKU DIBUAT MCM NI..."... susah sangatkah mau faham atau menerima WHO AM I?

Korang akan tau bila korang mengalami situasi mcm aku Geng. heheh. bila hidup kamu dengn org yg korang syg, tapi yg sedihnya dia cakap dia memahami kamu..tapi realiti NO! dia cakap, dia belajar mempercayai kamu, but realitinya..its sameeee di awal perkenalan lagi...

Last-last, kamu yang disabitkan dengan pelbagai ayat-ayat yg cukup menghukum kematian diri kamu. Sehingga kamu berfikir, adakah ia adil buat diri kamu berakhir dengana seorang yang maruah hidupnya dipandang sebagai seorang Jenayah. Tapi aku BERfikir panjang , kalau inilah penghujungnya yg dia maksud "BREAK OFF", aku terima seadanya segala sabit jenayah yg dia hukum kepada aku.. asalkan dia puas hati dan mempunyai alasan yang kukuh untuk MEMBENCIKU DAN MELUPAKAN aku..

--AHAHAHAH.. lawak wei.. tetiba jak dgr sound orang .. "MENGARUT!!!---- better aku stop di sini..

yang benar..
Chibi

Wednesday, September 7, 2011

Melancong di Bangkok (1)

Banyak aku nak share cyta pasal melancong di Bangkok ni, tpi aku bagi ringkas jak lah, coz paling aku excited nak post gambar2 kenangan di bangkok. 29 OGOS 2011 - 1 SEPTEMBER 2011.

Banyak tempat Pelancongan di Thailand. seminggu pun macam tak puas. Temple dan seni bina yang dipenuhi dengan emas dan warna emas, FULAMAK!!! tidak jemu mata memandang. Majoriti adalah BUDDHA..Tak silap 95% Buddha di Thailand. KIsah yang lain, next time aku
cyter..





Wednesday, August 24, 2011

Fakta Seks Lelaki

-Lelaki normal boleh melakukan sekssekali atau lebih dalam sehari.

- Dalam rekod kajian di FAHOM seorang lelaki Melayu mampu melakukan seks sebanyak 9 kali dalam masa 24 jam.

- Sekali pancut benih lelaki boleh mengeluarkan lebih dari 100 juta sperma

- Jika berlaku persenyawaan dari sperma yang lemah, besar kemungkinan akan berlaku keguguran pada ibu-ibu yang hamil

- Bila usia meningkat jumlah sperma yang matang akan berkurangan.

-Dalam kes lelaki yang mempunyai masalah tidak ada benih, azoospermia atau low sperm count kemungkinan besar, lelaki tersebut tidak berupaya menghasilkan zuriat. Berusahalah berubat, kami bersedia untuk membantu anda.

- Lelaki akan merasa puas bila pancutnya airmani

- Wanita akan merasa puas bila lamanya dapat berasmara.

- Zakar satu-satunya alat kelamin lelaki yang menyeronokkan bila melakukan seks

- Seluruh tubuh wanita boleh menaikkan berahi setiap wanita dari tapak kaki hingga kehujung rambut.

- Merokok, dadah, alkohol, pil khayal dan memakan ubat-ubatan yang berpanjangan boleh melemahkan syahwat dan mengurangkan jumlah air mani sihat.

Monday, August 1, 2011

LIRIK CINTA MUKA BUKU by Najwa

Tajuk: Cinta Muka Buku (First time ku dengar memang syok banget lagu ni. funky style. But mcm ada mirip-mirip lagu indon ..but im not sure what that song..so markah untuk originality lagu ini agak kurang for me....)

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu,
ooooohhh wooo..hatiku rasa sesuatu

dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku,
ku gelisah berdebar hati rasa x menentu,
ooohhh..wooo...benarkah rasa itu

bagaimana harus bersua,
ku rasa gementar tetapi bahagia,
Perlukah kita beri peluang pertama,
walaupun kita x pernah brjumpa

bnyk prsoalan yg brada dminda,
bnyk tanda tanya dan juga kata kerja,
otak kata jgn hati pula kata ya,
hidup x mnentu adakah ini cinta

banyak soalan banyak juga jawapannya,
kata hati dan rasa x dibiar saja,
setiap yg brlaku ada kebaikannya,
harus pejam mata,
dan cuba apa saja

Thursday, July 28, 2011

Kekalahan Malaysia VS Singapura

stress tengok perlawanan kedua Malaysia lawan Singapura tadi. Tapi bangga dengan sokongan rakyat MALAYSIA termasuk pemimpin negara kita. Syabas! Ini barulah semangat kesukanan. Majulah sukan untuk negara. Namun, harus dibanggakan dengan usaha gigih pemain Bola Sepak khususnya Penjaga Gol Malaysia, Kharul Fahmi, dengan perjuangan menjaga tiang gol negara dibolosi oleh Singapura. (Tapi aku perasan lah, dari masa yang pertama lagi pemain Singapura asyik jatuh+cedera+jatuh+cedera, Motif???) Apapun, berjuang dan teruskan mengharumkan namanegara. Aku just nak show gambar-gambar yang aku shoot sepanjang minggu ini tanpa Edit (Setakat nama aku jak) ok~~~







Monday, July 25, 2011

5 Fakta Seks

Makanan yang boleh meningkatkan nafsu seks anda termasuk: daging tanpa lemak, tiram, coklat, telur ikan, susu kental/pekat yg digoncang, badam, pisang, dan lada.

Purata orgasme lelaki adalah selama 5 saat.

Purata orgasma wanita adalah selama 25 saat

Zakar lembik terbesar yang pernah diukur adalah 5,5 inci. Ia dipunyai oleh seorang lelaki yang nipis yang 5 kaki 7 inci tinggi.

Sesetengah wanita benar-benar tidak suka mengenao zakar yang besar, dan mungkin takut dengan seseorang yang terlalu panjang.

Wednesday, July 20, 2011

Lirik Beribu Sesalan (Ning, Jackly, shila)

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri2X

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku......

Tuesday, July 19, 2011

Apa tips Pasangan Bahagia?

Aku tak pasti sebenarnya, apa tips pasangan yang bercinta, berkasih termasuklah yang sudah berkhawin boleh merasaikan kebahagiaan itu?

Bukan apa, kalau ditengokkan, kenapa ada pasangan yang bahagia walaupun masing2 ada Facebook ,dan boleh komen serta approve di Facebook(muka buka) dengan selamba selagi ia tidak melanggar hukum adat orang berkasih. TETAPI ADA PULA SEBILANGAN PASANGAN tetap bergaduh walaupun GF/BF diorang ada pegang emeil dan paswod diorang..??why? Sedangkan perkara yang dibuat sama seperti pasangan lain iaitu menjaga HUKUM ADAT ORANG BERKASIH tapi tetap wujud rasa prasangka, curiga, dan amarah?

Oh ya, any tips lain yg boleh kasih buat pasangan tu bahagia tak? Bukan apa saja nak cari topik untuk hari ini buat renungan kita bersama. ^^

Monday, July 18, 2011

Mengajar TAHUN 1

Hari ini aku ganti kelas guru yang pergi kursus,so aku masuk kelas tahun 1 kat sesebuah sekolah ini. Baru ku faham betapa susahnya mengajar murid tahun satu ini seolah-olah masih di prasekolah. Membaca agak lemah, bila dinaikan suara sedikit mulalah muka nak menangis terbentuk kat muka murid-murid tue. Nak marah pun rasa berat hati ni. Betullah orang cakap : "melentur buluh biarlah dari rebungnya". So buat semua guru-guru dan ibu bapa, ajarlah anak-anak dan murid-murid membaca sedari awal 5 tahun. Supaya bila sudah masuk darjah satu, murid dapat menerima pembelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Tanggungjawab ibu bapa sangat penting untuk membentuk keperibadian anak-anak. Janganlah hanya berharap sistem pendidikan di sekolah. Terima kasih!

Sunday, July 17, 2011

Mutiara Hikmah

Hujung minggu di hari Ahad ini, aku nak kongsikan korang dengan beberapa Kata Mutiara Hikmah, untuk renungan kita bagi melalui hari-hari akan datang dan yang sudah berlalu.

"Seandainya hidup ini punca perpisahan, biarlah kematian menyambungnya semula. Tapi seandainya kematian punca perpisahan, biarlah hidup memberi erti yang nyata"

"Kebahagiaan biaca seorang wanita dapat menggegarkan sebuah istana, menyejukkan jowa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu, tempatkanlah dia di sudut yang damai agar kebahagiaan kekal berpanjangan."

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan".

Juri pertandingan BUSANA TRADISIONAL

Kalau semalam aku jadi juri pertandingan nyanyian, hari ni aku jadi juri Busana Trandisional kategori berpasangan lelaki dan wanita. Bangga tengok kecantikan pakaian tradisional suku kaum kadazan dusun murut bajau rungus di negeri Sabah ini.

Buat pemenang, aku nak ucapkan tahniah untuk korang. Dan jadilah seorang guru yang cintakan Budaya bangsa kita.

(<-- gambar ini aku ambil dr fb one of my friend, Khairunie Mokhtar. sebab dia paling cepat uplod pic. Aku tak sempat ambil picture, sibuk kira markah. Apa-apa pun, congrate!!!)

Saturday, July 16, 2011

Juri Pertandingan Nyanyian

Setelah kian lama x menulis blog aku nie, akhirnya aku kembali.
dEngan pengisian kali ini, aku nak share korang aku jadi juri /pengadil nyanyian tadi.
Satu yang baru untuk aku, aku tak lah reti sgt menyanyi ni, but kalau aku nyanyi taklah sumbang mambang, cukuplah tidak lagi tune lagu asal dan reti dengan kod lagu.kalu tinggi, aku senyap tak nyanyi buka mulut, motif??siapa tahu?hahah

susah nak jadi juri nyanyian ni geng, banyak kena tahu. Apatah lagi kalau semua suara hebat, nak bagi siapa markah lebih pun susah, lainlah kalau yg sumbang tue, tutup mata je aku bg markah.tapi yg buat aku bangga, semangat dan keyakinan setiap peserta yang penting.susah nak nyayi atas pentas apatah lagi buat yang pertama kalu kan. Anyway, aku tetap salute dan bangga dengan korang!

k, nak lelap mata, good nite buat korang semua! salam...

Tuesday, January 18, 2011

PORTFOLIO RINGKAS 2010

Wassup! SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat anda semua! Kita jadikan tahun baru ni sebagai alam baru untuk kita mengorak langkah bersama! chiayok!! Sebagai permulaan di tahun 2011, aku sertakan korang paparan gambar portfolio aku sepanjang 2010. Banyak kenangan yang dilalui, namun yang pasti, pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang. betul kan? love you!! ENJOY....