Sunday, May 13, 2012

Luahan kisah lalu hanya Tinggal Kenangan

Terus kepada luahan ku. betapa sedih dan terseksa hidupku tatkala aku merindu segala kenangan yang telah dilalui selama 2 tahun (Hampir genap 2 Tahun)...kosong terus rasanya bila dia pergi dengan begitu sahaja.. kosong rasanya bila dia tinggalkan aku dengan segala firasatnya..Hinakah aku?

Dua tahun aku kenal dengan dia. Jujur ku akui, aku sudah sebati dengan segala tingkah lakunya. mALAH aku berani akui, dia banyak mengajarku tentang erti kehidupan kematangan yang sebenar, mUla cerita yang terawal, mengenai kematangan.. Dulu aku akur, aku sangat tidak matang dlm perhubungan percintaan apatah lagi untuk menjadi yang terbaik buat insan yang paling kita sayangi.Namun segala usahaku aku sendiri tidak nampak dimana letak tinggi nilainya. :'( Dulu aku akur, aku mudah terpengaruh, aku mudah ditipu, aku mudah melatah dlm hubungan, aku mudah prejudis... tapi itu semua dulu.. setahun bersamanya aku belajar menjadi matang. namun diakhir perubahanku, dia menjadi sebaliknya..segala tohmahan dan prejudis serta makian cacian aku dapat darinya. Mungkin dia terlalu sayang denganku, sampai kawalan serta ketidakpercayaannya terlalu tinggi terhadapku.. :( sedih... ia membunuh ku sedikit demi sedikit. Kata orang dalam hubungan ini, biarlah kita matang...tapi aku tidak tahu d mana silapnya...

dalam menempuh kebahagiaan dalam hubungan ini, jujur aku katakan aku sangat gembira bersamanya, aku tidak pernah hilang idea untuk berkongsi dengannya apa sahaja. dari mula perkenalan aku sudah belajar berterus terang. Namun bila saat berterus-terang itu ku buat, pelbagai tafsiran yang terpesong dan menjahanamkan hidup aku difikirkannya. aku tau dia sayang aku... tapi siapalah juga aku ni. Aku emnjadi semakin takut dengan segalan tindakannya, hingga membuat aku kaku tidak bernyawa.suatu hari nanti, aku akan berada dalam situasi ketakutan untuk menyakiti orang tersayang walaupun kita sudah sedaya upaya tidak bermaksud sama seperti yg difikirkannya...

kenangan merentasi dunia bersamannya membuat aku terasa seperti dalam dunia honeymoon. Indah saja dunia tu...karaoke! tengok wayang! makan! masak sama2! semuanya.... Ya tuhan,aku rindu saat detik itu. kenapa harus begini aku dihukum..kenapa harus ini penghujung perhubungan ini...

Mesti kroang ank tau punca hubungan ini tamat...

atas salah faham dan tuduhan yang tidak berasas..menjadi kami tamat. aku sudah tidak mampu menahan sabar..aku sudah tidak mampu memberi alasan seuumur hidup dan sepanjang menjaga hubungan 2 tahun ini dengan ikhlas. Betul org cakp, cakap tidak ada makna tanpa perbuatan. tapi harus faham, tidak semua d dunia ini sama 100%. Kalau kita hanya fikir ia sebegitu, kita lupa bahawa kita sedang menghukum kehidupan orang lain...

masih ingat lagi setahun pertama... aku terlalu menyanjunginya..aku serahkan 200% untuknya, aku sanggup berdepan dia bersama kenalannya yg ku boleh anggap SCANDAL dia..aku masih boleh makan hati..aku masih boleh barlah mata ini berdarah...aku masih mampu menahan dan menelan hingga menjadikan aku sebegini saat ini... :'(

Ya tuhan, jujur aku yakin, sampai saat ini aku masih terbayang-bayangkan wajahnya,,...segala kenangan indah bersamanya membunuh hatiku,.tikaman yg sangat perit...

Wednesday, May 9, 2012

Sepi hidup tanpa Sepasang Hati


Sepi..sunyi…kosong..itulah yang kurasai saat ini. Kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup membuat hati ini sangat terseksa. Luahan madah hanya dapat ku kongsikan bersama laptop ini. Kenangan yang terlalu banyak bersama insane tersayang membuat tikaman ini semakin parah tatkala hidup ini yang tersisih jauh. Penghujung kepada perhubungan yang penuh dengan dugaan ini berakhir dengan satu kisah yang yakni bukan atas kecurangan atau pihak ketiga… Tetapi permainan fikiran yang diselimuti dengan kebencian serta berintikan benci serta cemburu. Hubungan ini berakhir dengan perkara yang menyeksa kedua belah pihak dan mungkin hanya hati ini seorang yang terasa.
Kejam diperlakukan begini. Insan mana yang mampu bertahan dengan segala batu yang dilempar tepat kearah hati ini. Sekuat dan setabah manusia, ada tingkatnya yang mampu dipertahankan. Cinta sesuatu yang indah tapi tatkala kebahagian itu dirasai ia sememang akan bertukar hempedu jika tiada curahan rempah untuk menukar rasanya.
Tertalu patah remuk hati ini, dengan segala kenangan terindah yang dibina, terfikir sejenak adakah perlu untuk aku lupakan itu semua, hanya kerana insan itu telah meninggalkan mayat hidup ini… Betul ketanya, aku akan mati dan terseksa dengan perasaan rindu dan segala tikaman kenangan terindah itu..itu yang ku rasa pada saat ini. Tapi aku tetap membuka segala hidupku, untuk ku rasakan dimana silapku.. tapi hanya demi egois dan serakah kehendak yang kononnya ‘matang’ sedarjat usianya itu, aku jatuh dipersalahkan dengan seribu pandangan kehinaan dan kebenciannya.
Ya Tuhan, pada saat ini aku akur akan segala dosaku. Namun ia sudah berakhir. Hubungan yang terjalin dengan penuh keindahan lalu, biarlah disingkap menjadi sebuah kisah hidup yang lebih mematangkan aku.  Ya tuhan, sesungguhnnya titisan air mata yang mengalir ini, biarlah ia mampu membasuh segala luka yang dihadapi hati ini. Benar, dia banyak mengajar ku erti kehidupan sebenar. Dia banyak mengubah hidupku. sampai saat ini, meskipun aku berjalan di titi yang usang, segala tutur bicaranya serta teguran nasihatnya berkumandang dalam corong pendengaran ku. Kesihatanku, pelajaranku, pemakananku, perjalanan hidupku, segalanya seperti sudah tertur dan setiap satunya penuh dengan seribu satu kisah…
Ya Tuhan sesungguhnya aku melalui saat-saat gentir saat ini..aku terseksa..tapi aku pasti, ia sudah sampai di penghujungnya…. Ampunilah dia yang membuatkan aku seperti ini dan ampunilah dia dengan segala apa yang lakukan pada hidupku saat hari pertama pertemuan ini bermula..sehingga pada saat hari terakhir…Aku tidak pernah menyimpan dendam serta tidak pernah meletak kebencian untuk hidupnya..ampunilah doasaku ya Tuhan..

Sunday, January 22, 2012

teringin beli IPAD

aku teringin sangat nak beli IPAD sekarang..
ada tak sesiapa nak hadiah atau jual harga murah dgn aku...
nak ipad!!!

Wednesday, January 18, 2012

Reflect myself now.





NEKAD DENGAN KEPUTUSAN

After terima mesej dia hari ini, akhirnya aku sedar betapa dingin dia dengan aku. aku digelar SAIKO A.K.A PsiKo. :-(

Well, sampai bila aku akan terus dilemma..sampai bila aku akan terus dibelenggu permasalahan sebegini sedangkang dia sudah maju setapak dengan dunia nya termasuklah pemikiranya. Kalau dia sudah begitu berani, kenapa aku pula yang terus tertinggal dan terseksa..

Selama ini dia nampak aku seteruk yang dia anggap sehina yang dia pandang. so tidak hairanlah banyak tuduhan dia lekat kat dahi aku.. Hakikinya, aku tetap begini.. aku tetap percaya bahawa aku tidak seperti sehina yang digambarkan olehnya..

aku tunggu sehingga jumaat ini.. Kalau mmg tiada harapan, aku terpaksa akur. aku akan buat sebagaimana cara dia ajar aku untuk melupakan orang. biarlah semua gambar ini di delete... biarlah semua video ini di buang.. aku teramat sedih.. menunggu kasih yang tidak akan datang.

aku pasrah~~~ syed chibi.

Tuesday, January 17, 2012

Coretan Kisah Cintaku Yang Kian Runtuh


Hachuam! Bersih plak, blum sihat sepenuhnya.
well, aku guna media blog ni nak menulis kisah cinta ku yang sdg dalam keruntuhan.. (mungkin dalam beberapa hari sahaja lagi)

aku mengenalinya dalam setahun 6 bulan yang lepas.. perjuangan kisah cinta yang bermula dari kawan, namun ku akur aku mudah untuk jatuh cinta dengan nya. bermula dari situlah, aku ebrusaha mengenalihatinya dan terus berusaha untuk menjadi seorang teman yang setia dalam hidupnya. sehingga satu saat aku terpaksa menangis Darah serta berjalan Dalam kematian tatkala dia bersama kenalan barunya yang dia sangat nak jumpa dan terlalu rindu dan terlalu mengharap berjumpa dengan insan tersebut...

arghh..kenapa aku ingat semula peristiawa hitam itu dalam hidupku..sedangkan itulah saat dia dan teman baru nya itu bergembira dan mempunyai seribu satu cerita yang aku tidak tahu walau setitik pun. begitu rapat. sampai kenalannya dr Kl tertinggal flight, dia berusahah tolong kenalanya datang beli tiket baru. dengan alasan "Kesian dia mau datang Sabah semata-mata jumpa aku tapi tertinggal flight.. mau beli tiket flight baru, tapi budget dia terus kurang..." So, as a Friend masa itu (KEKASIH YANG TAK DIANGGAP), aku tolong walaupun aku berkali2 halang dia, aku caKAP "janganlah suruh dia datang,kita pun teda duit sekarang. tidak siuk juga berjalan2 kalau teda duit...".... Then respon yg saya dapat: "SUDAHLAH KALAU KAU TIDAK MAU TOLONG, BIAR AKU SATURANG JAK URUS!".... apa perasaan korang masa tu? so Aku tolong seikhlas yang mampu...esoknya kenalannya dtg, mesra diorang! rapat! lupa kewujudan aku..betul aku berani Sumpah!~~~ sepertinya sudah byk kali berjumpa, tapi baru pertama kali.byk kali jumpa di Webcam kali..but ndak kisahlah..siapa jugalah aku nie kan.. seminggu kenalannya di Sabah, Stay di rumahnya.. dan aku berusaha membantu yang terbaik dari aspek luaran.sbb kalau dr segi pergaulan aku mmg OUT. boleh menangis aku...ahhaha. Aku masih ingat duit aku masa itu. aku sewa kereta..aku bayar tiket bas..bayar minyak..dan sebagainya.. well, aku menolong bukan untuk KENALAN dia..tapi atas HATIKU yang tak bertepuk sebelah tangan masa itu..sampaikan aku berani bawa balik kampung ku KENALAN nya dan DIA yg jg pertama kali datang. so sekurnag-kurangnya, dia akan sentiasa terpahat bila pertama kali dia dtg ke rumah kuh..jwpannya, BERSAMA KENALANNYA....dan di rumah tu, aku mmg dah takder duit..tapi aku diam. aku sedar aku selalu moody tgok drg, jd tuk ubah situasi aku bantu dr kewangan segalanya. aku pinjam dr Parentsku RM , dengan alasan mau buat projek masa tu. dan sempat juga ku curi-curi amik duit kat bilik parentsku.. tak banyak...hihihi tapi aku dah ngaku dgn parents ku juga.. dah terdesak, so aku cuba sedaya yang mungkin.ada satu kisah malam itu, aku diPERKATAKAN oleh diorang berdua..aku yg terdengar teruskn mendengar, akhirnya aku sedar maruahku diperburukan dengan manusia yang aku langsung tidak kenal~~~~..and finally berakhirnya kisah percutian itu.. DIORANG dapat apa yang diorang nak..aku entahlah~~~

arghh kenapalah aku ingat kisah dulu..bukan apa sekadar memuaskan hati betapa aku sanggup merana dan menjadi pengemis cinta dengan maruah yg sememangnya hilang dari awal perkenalan lagi. Aku bercinta tanpa maruah..sebab itulah, acapkali bergaduh, aku terasa sangat terasa sepertinya kematian ahli keluarga, apabila pelbagai cemuhan diberikan walaupun aku sedar itu hanyalah emosinya dan bukan yang maksudkan..apa perasaan bila sudah bertahun menjalinkan hubungan, akhirnya setiapkali bergaduh segala kisah silam yang lampau diungkit2. bukankah dlm perhubungan itu, perlu ada lembaran baru.bermula titik kosong. kenapa kisah yang dulu-dulu tiba2 dikaitkan.untuk apa sebenarnya?apa yg dia mahu sebenarnya? tapi syukur Kepada Tuhan, sepanjang aku menjadi pasangan hidupnya, walau teruk macam mana sekalipun aku, aku tidak pernah mengungkit kisah lampaunya.aku tidak pernah menjatuhkan maruahnya. dan aku sama sekali TIDAK PERNAH BUKA LAPTOP DIA. RUPANYA ADA ISTILAH LAPTOP TU HAK PERIBADINYA. aku tiada apa-apa peribadi..dia saja ada. Well, semua gambar ex ex ex dia disimpan...tapi aku tidak melatah, aku diam sahaja sehingga saat ini. sebab dia masih mau wujudkan JURANG antara kami..

Sekarang kami sudah bergaduh yang hampir menuju keruntuhan. sebenarnya, aku sampai saat ini sentiasa mengintip perkembangannya.tapi aku tidak mampu..aku tidak tahu apa2..perit teramat... kami bergaduh kali ini, sebab aku buat apa yg dia larang.. aku dilarang Dye rambut. tapi aku dye, dan dia x tau. dan dia dpt tahu dr fb... then aku mengaku aku buat dan aku salah. but semua perkaitan dimasukkan dia. hinggalah membawa kepada kemusnahan hubungan ini. masa aku buat tu, mmg aku fikir tentang dia. terfikir, amcam mana mau bgtau dia. aku mau dye kah tidak..sebab masa itu kami mmg bergaduh juga. (ALWAYS BERGADUH).. tp bila kita dlm keadaan kekosongan, kesunyian, kesepian, tanpa dipengaruhi oleh siapa2 kita akan buat perkara yang boleh melegakan dan menenangkan hati kita sendiri. apa lagi yg boleh ku buat?... perit~~~ TUHAN jak yang tahu.. tapi dia tuduh, aku sengaja buat dan tapuk2 dan minta perhatian. kalau diikutkan, aku mahu kasih botak kepala aku juga... tp tidak pa, biarlah dia marah aku dye rambut. mungkin kalau aku betul2 hilang kawalan sebb selalau bergaduh, kekosongan, kesepian, kesunyian masa tu, mungkin aku sudah MATI KEMALANGAN KERETA atau MAKAN DADAH atau BUNUH DIRI.. MUNGKIN ini leh menggembirakan ...

Entahlah apa penghujung hubungan ini, last msg seolah-olah kami break.. kalau benarlah dia mau buang aku, aku terima walaupun aku sentiasa mengharapkan sebaliknya.. tapi tidak pa, mungkin, dia akan jumpa orang yang lebih mampu membahagiakan idupnya,...

Sebagai insan yang tidak punya apa-apa, aku hanya mampu terdiam... aku sudah minta maaf sampai dia jemu dgn perkataan maaf ku. apa ndak, benda yang aku teda buat dan dituduh pun aku tetap salah bagi dia. jadi aku kena juga minta maaf. akhirnya benda yang aku betul2 salah, tidak makan maaf sudah. tidak pa, mungkin TUHAN sudah rencanakan begini...

Aku pasrah..... chibi...

Monday, January 16, 2012

my liFe~~


LIFE wiTHout Love is NOTHING..
but its hard to find the real love with someone..
zaman sekarang ni, orang AKAN LEBIH TERJERUMUS lOVE IN MONEY, sex, Pakej, and everthing..but I Dont care lah..hal orang pesal nak sebok kan, aku tengok jew...ahAHXK..


Now, after couple hampir 2 years..i feel like our relationship maybe Stop sampai sini..
Its hard For me, bcoz love kitorang more to Love each eah other, " terima Kelemahan dan Kelebihan masing-masing"....BUT, maybe kekurang hubungan KaMi "KEpercayaan and Penerimaan.." bukan penerimaan mcm makan bersama, jalan bersama, tgok wayang bersama, or anything else, but penerimaan tentang apa yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan
kita..kalau aku Ditanya, why not teruskan saja,my answer is: oF COZ MAU TERUSKAN, BECAUSE ALL MY LIFE BErsama dengan dia. means aku sudah terbiasa hidup dalam perhatian Dia."

Hurm.. hope aku agak tenang after Meletihkan tangan menaip di Papan Kekunci ini.. ANYWAY, mata penat nak rehat.. so nak off lappy yang hampir rosak Dah nie..ahahha~~~