Tuesday, December 1, 2009

Ingatan percutian Kuala Lumpur-Ipoh(edisi kedua)

sEmestinya percutian ini sedar tak sedar dah habis seminggu..Hari raya Haji baru juga selesai. Plan asal g Kelantan dan Terengganu terpaksa boi batalkan begitu sahaja..apa tidaknya, ada kesulitan yang sukar digambarkan.so paln ke Ipoh Perak. tAK sangka pula aku mampu menjejakkan kaki ke sana. Yang menggembirakan bila aku dapat jumpa kawan aku yang sangat aku rapat. aRThur.rindi sangat-sangat aku kira bertuah sbb ada kawan mcam dia. kalau mau diikutkan hati aku nak p Ipoh lagi..tapi, faham-faham lah jugakan..Ipoh Perak, suatu tempat yg boi kira cukup menarik..tak sesak sangat, tenang, harmoni..tapi yang buat heran, temnpat perhentian bas tu susah nak cari bila nak balik rumah dari bandar.pic 1: bergambar dengan my best friend..arthur albert anjemeh
lepak dan tengok twilight dgn arthur, di Ipoh pRade.
tengah asyik reply msg..tak sedar ada candid...hehehe
bErcham ipoh perak..tempat kawasan si Arthur study...

Thursday, November 26, 2009

Ingatan percutian Kuala Lumpur(edisi pertama)

CUTI sekolah dan cuti Semester baru sahaja bermula minggu ni.macam biasalah, masing-masing ada perancangan yang tersendiri. Untuk mengurangkan tekanan, untuk melegakan hati, dan untuk mengubati kekusutan tanggungjawab, aktiviti percutian merupakan salah satu cara untuk mengatasinya. Pilihan percutian kali ini berbeza dengan tahun lepas. kalau tahun lepas kat Bandung-Jakarta Indonesia, kali ini bertempat di Kuala Lumpur. Dalam Malaysia sahaja, tapi tak menyesal juga, sekurang-kurangnya CUTI-CUTI MALAYSIA. banyak gelagat dan ragam manusia yang boleh diperhatikan disini. Disinilah kononnya yang dikatakan Kota Metropolitan. Impian sepanjang percutian kali ini ialah mengelilingi seluruh kawan pusat Bandaraya Kuala Lumpur, ringkas tetapi bermakna...
Ambil gambar sementara memerhati persekitaran KL Central.Sesak orang nak balik kampung masa ini, biasalah nak menyambut hari Raya Haji kat kampung masing-masing kan..majalah Maskulin tetap menjadi pilihan...
Yang ni antara kawan aku yang terbaik.Macg@Loq. Dia yang ambil aku kat LCCT kul 12 tengah malam. Kalau tiada dia, entahlah macam mana. Tidur 1 malam kat rumah dia time baru sampai di KL. Memang bertuah dapat berkawan dengan dia ni. Macg, terima kasih daun keladi ar..
Gambar ni aku ambil semasa perjalanan ke tempat yang ditujui. Ambil gambar dalam kereta, tak sangka pula, nampak cantik gambar yang aku ambil nie.agaknya bangunan apa lah ni argh...
Wah..permandangan jauh bandaraya Kuala Lumpur. Kalau malam, lagi cantik. Sinaran lampu-lampu yang berkelipan. Permandangan ini aku ambil dari tempat tinggal aku di Sri Ayu Apartment, Setiawangsa.Kalau malam, rasa tenang tengok permandangan ni.
Yang ini? Apa kes? hahaha..gambar ini sebelum naik kapal g KL.. satu flight dgn Amri Ashraf, Aizam, Hafiz..Ketiga-tiga adalah my super junior...gembira jak berjalan dengan budak-budak nie..

Thursday, July 30, 2009

Pesta Pantun IPGM peringkat KEBANGSAAN 2009


Pertandingan Pesta Pantun Kebangsaan IPGM telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20-23 Julai 2009. IPGM kampus Keningau telah menghantar pasukan pantun yang dianggotai oleh Severinus bin Nain, Meris Anak Serang, Syed Muhd. Zahinyr bin Syed Abdul Rahim bersama dengan pensyarah pengiring Encik Agus Yanul. Sepanjang pertandingan tersebut, pasukan IPGM kampus Keningau telah bersaing dalam kumpulan E bersama-sama dengan IPGM Temenggung Ibrahim (Juara tahun lalu) dan IPGM kampus Tun Hussien Onn. Pasukan pantun kampus Keningau telah menjuarai persaingan dalam liga kumpulan, dan saudara Severinus Nain adalah antara pemantun yang berjaya merangkul gelaran pemantun terbaik sepanjang persaingan liga tersebut.

Pada hari berikutnya (22 Julai), pasukan pantun kampus Keningau meneruskan persaingan dalam pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati. Nasib tidak menyebelahi pasukan pemantun kampus Keningau apabila tewas IPGM kampus Islam . Melalui komen dan teguran yang diberikan oleh ketua juri kepada pasukan pemantun kampus Keningau, kelemahan yang ketara dalam pasukan ini adalah kombinasi persembahan pemantun. Walaubagaimanapun,dari segi isi jual beli pantun, dan semangat dalam kumpulan telah diberikan pujian oleh ketua juri.

Selain itu juga, 4 kumpulan yang berjaya meneruskan persaingan peringkat separuh akhir dan akhir ialah IPGM kampus Darul Aman, kampus Bahasa Melayu, kampus Tengku Ampuan Afzan, dan kampus Sultan Abdul Halim. Pertandingan ini akan diadakan pada bulan Ogos nanti. Akhir sekali, pencapaian pertandingan pasukan pantun tahun ini adalah lebih baik berbanding pada tahun lepas. Semoga di masa akan datang pasukan pemantun kampus Keningau akan dapat meneruskan persaingan ke peringkat yang lebih baik berbanding tahun ini.



Sunday, June 28, 2009

MR KAAMATAN STATE LEVEL 2009

kenangan yang sangat sukar untuk aku lupakan bila menyertai pertandingan MR KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2009 (grand bunyinya...)
Ia telah berlangsung pada 27 Jun 2009 Kat Jesellton Point,
peRASAAN gementar untuk bergaya di hadapan orang rami,
namun satu percubaan yg memuaskan telah saya laksanakan.
Persaingan yang sengit sehingga bingung siapa bakal pemenang,
tahniah buat peserta dari Klang Valley sebab menjuarai pertandingan kali ini..
sedikit gambar pautan untuk anda...

pic 1: Peserta nombor 4, mewakili Daerah Sandakan (asal aku)

pic 2: bErgambar dengan c Fredo n Boon


pic 3: dengan c Dave, tukang touchup n tukang bg sapport!!


pic 4: ELTON wakil daerah beaufort, dgn saya


pic 5: Pakaian Batik , baju peragaan pertama..besar saiz!!!


Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 MEI, hari guru.
wah gembira saya bila ramai kawan-kawan call, sms, ucapkan selamat hari guru untuk saya.
walaupun masih bergelar pelatih.
nampaknya aura yang disebut-sebut untuk bergelar seorang pendidik semakin dekat.
masa yang berlalu terus mengajar serta membentuk kematangan kendiri saya.
mudah-mudahan, dengan doa restu keluarga khususnya ibu bapa, saya berjaya menggapai impian untuk menjadi seorang pendidik.
Biarlah tahun ini, saya jadikan sebagai tahun mengenali diri sendiri, membentuk kematangan dalam tingkah laku, perbualan, dan keperibadian sebenar saya.
di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari guru buat semua guru, khususnya kepada pensyarah saya EN MOHD FIRDAUS ABD SALAM, EN DATU MASRIN&ISTERI, EN AGUS, EN MAZLAN NGAH, pensyarah Politeknik kk EN HAZIZUL MOHAMED (abg saya),cikgu JERRY ZELLIOUS(kawan), cikgu ABIAH LOMBOU (guru bm smsfx), cikgu ANNA NAIM (kakak), cikgu LYDIA NAIN(kakak), DAN SEMUA GURU yang mengenali diri ini.
owh ya, buat kawan-kawan saya di IPGM KAMPUS KENINGAU, peperiksaan dah nak bermula minggu depan, jadi buatlah persiapan yang sebaik-sebaiknya ok.
Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan fokus terhadap impian yang inging dicapai.
selamat berjaya dan selamat maju jaya.
yang ikhlas:
SEVERINUS ALEXIUS NAIN

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Di kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan selamat hari Ibu, (HAPPY MOTHERS DAY),
untuk semua mama-mama, terutamanya sekali untuk Bonda saya,
PUAN JULITAH BINTI SUNGAT, 65 tahun.Semoga diberkati selalu, dipanjangkan umur, dan diberikan kesihatan yang baik.
Sebagai seorang anak, saya memohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap.
Sesungguhnya ketabahan dan kesabaran Bonda melayan karenah anak-anaknya menjadi suatu pembimbing sehingga anak-anaknya berjaya.
Bonda, Selamat hari ibu, Happy mOther's Day.








(p/s: walaupun BoNDA saya x reti melayari Internet, tetapi sekurang-kurangkan ini adalah ucapan penghargaan untuknye.)

Monday, May 4, 2009

tAHniah Tomok OIAM 3


akhirnya keputusan OIAM jumaat lepas dah diketahui.
TOMOK ADALAH PEMENANGNYA...
gembira dengan kemenangan dia, dah memang layak menang pun.
tak sia-sia sokong dari awal kemasukan dia.
tahniah seklai lagi. harap dia berjaya dalam percubaan kedua di dunia industri muzik negara.

Monday, April 6, 2009

PILIHANRAYA JPP

seTelah sekian lama menanti, akhirnya penantian itu berakhir..
pagi tadi pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar..
Hasil keputusan:
YANG DIPERTUA PELAJAR: KIVEN RON CHIN SEM 1 1ST DEGREE
NAIB YDP: HASIFI HARTONO SEM 1 1ST DEGREE
SETIAUSAHA: ALOHA SEM 1 1ST DEGREE
NAIN S/U: BERNADETTE
SEM 1 1ST DEGREE
BENDAHARI: BRYAN SEM 2 FOUNDATION

SyABAs dan Tahniah di Ucapkan. Anyway, buat yang TERbaik untuk Tahun ni?
ada komen? ahha..
ada akU KEEEESSaaah??!!!!!

Thursday, April 2, 2009

Adui Nah..asgment yA ng berlambAK

aDui kin tension tWol TenGok Kertas AsigNment YanG mASI bANyak..
Buat Aku bUAT sAmpaI terkial-kial MencaRI bAHan yang penting..
sUDAH wireless di IP ni TERUK sangat, asal petang dan malam mesti line putus..
macam mana mau buat kEJA maCaM nI oWH..
pAGI tu G kULiah, x gunA intenet, balik dr KUliah BiLA nak guna, mesti dah DiPutuskan Line TUE..bODOH tWol.ENtah apa Niat Nak diTUTUpkan line WIFI tu
lol!!!
Satu LAgi Yang Teruk ni, Adakah patut, ada asignment yg DIarahkan hantar Tapi Tiada Kertas TUGasan Diberikan.Memang TiDak Profesional pUnya KERJA KURSUS, Dah lah tu,selASA bgtau secara lisan Tapi hANTAR juMaat NI, then pemberitahuan Pwon Dengan satu Kelas SAhaja, jdi kELAS lain MCm kami MACAM mana?
saNGAT-sanGAT TERUK!!!!

Friday, March 27, 2009

pENgalaman Berasaskan SEkolah...sekolah pilihanku


Nampaknya hari ni hari terakhir aku ke sekolah melalui Pengalaman Berasaskan sekolah. Adui sedih menyelubungi hati ini bila terpaksa meninggal murid-muridku yang pelbagai ragam. Perasaan menjadi seorang pendidik bertambah kuat buat diriku. Terharu dan tersentuh hati ini pabila ucapan ikhlas dari anak-anakku khas buatku seperti SELAMAT PAGI CIKGU, SELAMAT PETANG CIKGU, SELAMAT PULANG CIKGU, SELAMAT SEJAHTERA CIKGU, dan SELAMAT TENGAH HARI CIKGU. Akhirnya impian aku untuk menjadi seorang pendidik semakin nyata. Doakan aku semoga berjaya menjadi seorang pendidik yang berjaya kelak, AMIN..
Apapun yang kulakukan di sekolah hari ini, adalah yang terbaik dapat kulakukan buat murid-muridku. Aku akan merindui merek
a semua.. terima kasih SRK Saint Francis Xavier kerana sudi memberi aku peluang.

Gelagat anakku, ALJEY 3 Motovasi

beRsama kumpulan nakal 3 Motivasi, Aljey, Richard, Richie

sUasana barisan perhimpunan sidang Pagi SRKSFX

Senyuman sahabat karib yang penuh ceria...

Friday, March 20, 2009

ceRita Kagum 2009 Johor Bandar Penawar

-hallu semua..akhirnya aku kembali ke Sabah jua.
-adui banyak cerita menarik yang best untuk di share..
-tapi kalau nak diceritakan, entahlah berapa panjang dapat aku tulis nia..
nevermind, aku cyter scr ringkas dari hari pertama...

12 Mac 2009
bertolak dr IPGM kampus keningau tepat jam 5.10am,
kul 8am sampai di KKIA, flight kul 1005 ikut MaS.
sampai d KLIA kul 1240, terus direct ke Johor ikut Bas.
diringkaskan cerita sampai kat penginapan kul 8.30pm

di SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR JOHOR.
13 Mac 2009
aKtiviti pertama, latihan ringan kat komplek SSBP..

belajar kemahiran yang belum diajar..
tengahhari g makan kat Pekan Bandar Penawar.
kul 2 mendaftar di urusetia, then rehat lah...
14 mAC 2009

hari nie, kami still ambil masa untuk training di Komplek SSBP..
DEngan semangat yang berkobar-kobar, tidak sabar untuk bertanding..
petangnya kami rehat menikmati keindahan SSBP..

15 Mac 2009
uhuh, hari pertama sukan..

menunjukkan saingan yang kuat diberikan oleh KOntigen Keningau..
aku? belum ada acara hari tue,
sepatutnya petangnya acara aku Lompat Kijang,

tapi hujan lebat, jadi terpaksa ditunda esok hari..
belum mengutip sebarang pingat,
Kagum Nyanyian telah tewas di peringkat saringan(separuh akhir)..

16 Mac 2009
hari kedua sukan berlangsung,
pingat pertama kontijen oleh Connee Paison,
acara 300m jalan kaki..satu-satunya pingat sulung..
acara aku pertama 400m berpagar,
adui penat tul lompat pagar jarak sejauh 400m..
tapi syukurlah sebab aku dapat menghabiskan saingan ini dengan baik..
petangnya aku lompat kijang,
adui cuaca semasa itu buat aku pening sangat..

RUN UP aku pun teruk..tension sangat..
ini acara favourite aku lah..tapi aku x mampu lakukan yang terbaik..

then acara akhir aku 4x100m..
yang ni aku lari dengan sedaya tenaga..
tapi malangnya nasib tak menyebelahi kumpulan aku..
kurang latihan mengenai sambutan Baton...
hari kedua menunjukkan Kagum tarian, Hoki wanita, dan bola sepak.
gagal untuk meneruskan persaingan seterusnya..
tewas dengan penuh bermaruah dengan saingan yang sengit..
17 Mac 2009
hari terakhir pertandingan,

tinggal sikit lagi pasukan IPGM kampus keningau yang bertanding,
antara yang masuk final, 800m wanita, 4x100m wanita, lempar cakera wanita..
lelaki hoki bertanding d separuh akhir , dan berjaya menggondol pingat Gangsa..
tahnias diucapkan...

18 Mac 2009
acara akhir pertandingan bola sepak di stadium Bandar Penawar..
kemudian penutupan Kagum 2009..

kampus kami direct ke bandar Johor Bharu..
jalan-jalan menghabiskan duit.haahahahh..
tapi yang buat aku terpegun seketika kan..
bila aku dapat melihat singapura di seberang Johor..
punyalah main dekat..teringin nak g nanti..hehhe
kemudian, petangnya baru balik g penginapan semula..
mandi di kolam renang ramai-ramai..best..
19 Mac 2009

bertolak dr penginapan kul 7.30am..
singgah breakfast..kemudian ke Melaka...

semasa tiba di melaka...punya lah main cantik negeri tu..
bersih dan penuh tempat menarik untuk dilawati..
berjalan selama 3 jam memang tidak puas,
tapi sekurang-kurangnya dapat merasai kehebatan kota bersejarah itu..
bertoolak ke KLIA kul 5.30pm
tiket kapal kul 9.50pm..
sampai KKIA kul 12.40am..
terus direct balik keningau naik bas..
sampai d IPGM kampus keningau, jam 4am..
penatnyerrrrrrrr


Wednesday, March 11, 2009

Hari yang dinanti-nantikan

-wah beSok g KaGUM KEBANGSAAN OLAHARAGA..
-perasaan yang seronok tak terkira..
-tuan rumah kali ni, kat SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR JOHOR
-target?akan memberikan saingan yang kuat dan padu
-hurm..persiapan?adui belum lagi nie..
-petang nie nak g beli barang kot..untuk kelengkapa esok..sbb esok pagi jam 5 subuh jalan dah..
-persiapan di hari terakhir ini sangat penting..
-the most inportant, semangan setiakawan tue ada..
-owh ya, mesti best feel jalan beramai-ramai dengan kawan-kawan g KAGUM kali ni...
-ehhehe..harap apa yang diharapkan nanti, tak jauh dr yang disangkakan...
-owh ya, after this, ada PBS. pelajaran berasaskan sekolah..
-bOi buat kat mana ah??
-adui....

-i love n MISS u ALL

Monday, February 9, 2009

kecerian dan keserian kelas hasil cetusanku...

Minggu ini, kelasku yang selama ini muram bertukar kepada serinya..
apabila sentuhan tanganku telah mengubah segalanya...
gambar di atas adalah gambaran pintu hadapan kelasku...
ala-ala gerbang pengantin..bertemakan ungu juga.
Pandangan hadapan kelas...
jika diperhatikan, jelas sekali warna tema bagi kelasku ialah ungu.
mungkin disebabkan obses terhadap warna ini, mataku tidak pernah jemu dikelilingi warna ungu.

sEntuhan idea di meja guru-guru pelatih..
beralas meja yang berwarna oren muda(peach),
semestinya menanbahkan kelembutan dan keluasan ruang kelas.
warna yang jarang dilihat ini sebenarnya
mengelakkan setiap ahli kelas bosan dengan suasana persekitaran.

Pandangan lebih jelas hiasan meja..
kelengkapan warna oren muda(peach),
diganding bersama tanda nama setiap pemilik tempat duduk
serta garisan meja kontra yang juga ebrwarna ungu.
Penggunaan nama panggilan akan memudahkan
pensyarah yang menagajr ingat dan sebut nama pelatih.

Thursday, January 29, 2009

Elaun pertama tahun 2009

bahagianya bila elaun sebanyak RM3666 masuk tadi
terfikir jugalah..apa mau buat dengan duit sebanyak ini.
seperti azam tahun ini, saya nak berjimat cermat.