
25 Ogos 2010, secara rasminya aku dilantik menjadi Yang Dipertua Pelajar IPG kampus Keningau sesi 2010/2011. Satu permulaan kepada tanggungjawab yang harus ku laksanakan dengan sebaik-baiknya. Denganmatlamat, mengutamakan kebajikan guru pelatih IPG kampus Keningau, aku berazam, untuk menjadi seorang YDP yang diingati oleh seluruh warga IPG Kampus Keningau.
'YDP' bukan sekadar gelaran untuk meraih populariti. Namun apa yang pasti, ia adalah satu anugerah Tuhan kepada aku, kerana aku dipercayai mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Namun, sebagai manusia biasa, aku ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Tapi tanpa sokongan dan kerjasama semua warga IPG kampus Keningau, siapalah aku insan yang bernama YDP.
No comments:
Post a Comment